Apa yang perlu anda tahu??
Produk berasaskan mineral ialah trend hangat dalam kosmetik. Pertambahan jumlah jenama khusus serta begitu banyak jenama runcit yang menawarkan pilihan mekap mineral untuk memenuhi permintaan wanita dari seluruh dunia yang semakin bertambah. memandangkan semakin banyak pengguna berusaha menjalani gaya hidup yang lebih sihat, menjadi "natural" dan menggunakan lebih banyak ramuan bersumberkan bahan botani atau mineral dalam makanan dan produk penjagaan peribadi terus mendapat sambutan yang hangat.
APA KATA AHLI DERMATOLOGI TENTANG MEKAP MINERAL POWDER?
Ramai ahli dermatologi terkemuka mengiktiraf dan mengakui faedah mekap mineral, misalnya mudah digunakan, perlindungan dan pelekatan yang baik pada kulit. walaubagaimanapun, ahli dermatologi biasanya percaya bahawa mekap mineral bukanlah satu produk rawatan yang sebenar bagi kulit anda ataupun penggunaan tipikalnya akan memberikan perlindungan terhadap matahari yang diperlukan.
0 comments:
Post a Comment